Terima bayaran Bayarcash dalam PrestaShop
Dengan modul Bayarcash, kedai PrestaShop anda boleh menerima bayaran melalui Bayarcash. Panduan ini menerangkan cara install modul itu dan memasukkan keys anda.
Untuk melihat modul ini berfungsi sebelum anda install, cuba demo langsung.
Sebelum anda mula
Section titled “Sebelum anda mula”Anda memerlukan perkara berikut:
- Akaun merchant Bayarcash yang sudah diluluskan, dengan saluran bayaran anda sudah di-on-kan.
- Personal Access Token (PAT) dan API Secret Key anda. Lihat Cari API keys anda.
- Akses admin ke kedai PrestaShop anda, dengan mata wang kedai ringgit Malaysia (MYR).
Install modul
Section titled “Install modul”Muat turun fail zip modul daripada Bayarcash. Kemudian:
- Dalam admin PrestaShop, pergi ke Modules → Module Manager.
- Klik Upload a Module dan pilih fail zip itu.
- Selepas modul di-install, klik Configure.
Masukkan keys anda
Section titled “Masukkan keys anda”Semua tetapan bayaran ada dalam panel konfigurasi Bayarcash. Untuk melengkapkan tetapan:
- Masukkan Personal Access Token (PAT) dan API Secret Key anda.
- Klik Verify Token untuk mengesahkan keys itu betul.
- Off-kan Test Mode sebelum anda menerima bayaran sebenar.
- Simpan.
Dua habit ini membantu anda dengan PrestaShop:
- Uji dahulu. On-kan Test Mode untuk mencuba satu pesanan. Kemudian, off-kan suis itu dan guna keys live anda.
- Semak transaksi dalam Bayarcash. Bayaran dan laporan anda ada dalam merchant dashboard. Lihat Transaksi.
Isu-isu biasa
Kenapa bayaran gagal selepas saya menyediakan modul ini?
Off-kan Test Mode untuk bayaran sebenar, dan semak Personal Access Token dan API Secret Key anda. Klik butang Verify Token untuk mengesahkan keys itu. Mata wang kedai anda mesti ringgit Malaysia (MYR).
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.

