Langkau ke kandungan

Carian popular

Cari API keys & portal key anda

Dikemas kini

Untuk menyambungkan laman web, plugin kedai online atau aplikasi kepada Bayarcash, anda memerlukan tiga perkara dari merchant dashboard: Personal Access Token (PAT), API Secret Key dan Portal Key.

Plugin dan SDK meminta keys ini mengikut nama:

Key Fungsi Lokasi
Personal Access Token (PAT) Mengenal pasti request anda kepada Bayarcash Profile → Integration
API Secret Key Menandatangani request anda dan menyemak response (checksum) Profile → Integration
Portal Key Menentukan portal yang menerima bayaran Portals

Log masuk ke merchant dashboard dahulu. Kemudian:

  1. Di bahagian atas kanan merchant dashboard, klik Profile.
  2. Klik Integration.
  3. Copy Personal Access Token (PAT) dan API Secret Key anda.

Page Integration dengan kotak Personal Access Token (PAT) dan API Secret Key ditanda, nilainya disembunyikan

Setiap portal ada key sendiri. Untuk copy key itu:

  1. Di bahagian atas kiri merchant dashboard, klik Portals.
  2. Klik portal yang anda mahu guna.
  3. Copy Portal Key portal itu.

Tetingkap Portal Details dengan baris Portal Key ditanda, nilainya disembunyikan

Perlu portal baru dahulu? Lihat Tambah dan guna portal.

Merchant dashboard sandbox di console.bayarcash-sandbox.com mengeluarkan keys sendiri untuk ujian. Guna keys sandbox hanya semasa ujian, dan keys live hanya untuk bayaran sebenar.

Untuk butiran API, lihat rujukan API Bayarcash.

Isu-isu biasa

Kenapa plugin saya kata token atau key tidak sah?

Keys sandbox dan keys live adalah berbeza. Key dari merchant dashboard sandbox tidak berfungsi pada merchant dashboard live, dan sebaliknya. Copy ketiga-tiga keys dari merchant dashboard yang anda mahu sambungkan.

Key mana untuk ruangan mana?

Personal Access Token (PAT) mengenal pasti anda kepada Bayarcash. Portal Key menentukan portal yang menerima bayaran. API Secret Key digunakan untuk checksum. Plugin dan SDK meminta setiap key mengikut namanya.

Saya terkongsi key secara tidak sengaja. Apa yang perlu saya buat?

Hubungi Bayarcash dengan segera melalui kotak Need more help? di bahagian bawah page. Jangan kongsi key itu sekali lagi, walaupun semasa meminta bantuan.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.