Langkau ke kandungan

Carian popular

FPX Line of Credit (bayaran dengan akaun kad kredit)

Dikemas kini

Dengan FPX Line of Credit, pelanggan membayar melalui FPX daripada kemudahan kredit yang bank mereka sendiri berikan. Nama lainnya ialah Credit Card Account (CCA). Pelanggan kekal di page selamat bank mereka, jadi mereka tidak memasukkan nombor kad di laman web anda.

Ini yang pelanggan anda nampak semasa checkout:

  1. Pelanggan memilih FPX Line of Credit. Sesetengah kedai melabelkannya sebagai Credit Card.
  2. Pelanggan memilih bank dan jenis akaun, iaitu CASA atau CCA.
  3. Pelanggan log masuk ke bank mereka dan meluluskan bayaran itu.

Di page bank, pelanggan memilih akaun untuk membayar. Untuk akaun semasa atau akaun simpanan (CASA), senarai itu hanya memaparkan akaun bank pelanggan:

Page FPX Maybank2u dengan senarai akaun From terbuka. Senarai itu hanya ada akaun bank (CASA)

Untuk FPX Line of Credit (CCA), senarai yang sama juga memaparkan kad kredit pelanggan:

Page FPX Maybank2u dengan senarai akaun From terbuka. Senarai itu ada akaun bank dan dua kad kredit (CCA)

Bayaran itu dicaj ke akaun kredit pelanggan. Bank menghantar penyata bulanan kepada pelanggan. Bank juga yang menentukan had kredit dan sebarang caj. Bayaran anda tetap melalui Bayarcash seperti biasa.

Saluran ini mesti di-on-kan untuk portal anda.

  1. Minta Bayarcash on-kan FPX Line of Credit untuk portal anda. Atau tandakan saluran itu semasa anda membuat portal dengan Add New Portal di bawah Portals.
  2. Paparkan saluran itu dalam kedai atau form anda. Dalam plugin WooCommerce, saluran ini ialah kaedah Bayarcash Credit Card Account. Developer guna payment_channel 4 dalam API.

Kumpulan FPX dalam form Add New Portal, dengan FPX Line of Credit ditandakan dan diserlahkan

Tiga perkara tentang saluran ini:

Isu-isu biasa

Adakah FPX Line of Credit sama dengan menerima kad kredit?

Tidak sama. Pelanggan membayar daripada kemudahan kredit bank mereka melalui FPX, jadi mereka tidak perlu menaip nombor kad. Credit Card ialah saluran yang lain. Lihat Saluran bayaran.

Boleh pelanggan luar negara membayar dengan FPX Line of Credit?

Tidak boleh. Saluran ini hanya menyokong bank Malaysia.

Kenapa pilihan FPX Line of Credit tiada semasa checkout?

Pastikan FPX Line of Credit di-on-kan untuk portal yang anda guna. Jika belum, minta Bayarcash on-kan saluran itu, kemudian cuba semula.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.