Hantar e-invois melalui MyInvois dari WooCommerce
Dengan plugin e-Invoice for MyInvois LHDN, pelanggan WooCommerce anda boleh minta e-invois rasmi untuk pesanan yang mereka bayar melalui Bayarcash. Plugin ini menghantar e-invois ke MyInvois LHDN melalui Submit eInvoice. Guna plugin ini jika perniagaan anda wajib mengeluarkan e-invois.
Sebelum anda mula
Section titled “Sebelum anda mula”Anda memerlukan perkara berikut:
- Kedai WooCommerce yang sudah menerima bayaran dengan plugin Bayarcash WooCommerce. Plugin e-invois ini hanya berfungsi dengan kaedah bayaran Bayarcash.
- Akaun Submit eInvoice. API Secret Key akaun ini berbeza daripada keys Bayarcash anda. Anda tidak memerlukan token atau portal key Bayarcash untuk plugin ini.
- Butiran syarikat anda, termasuk Tax Identification Number (TIN) dan kod MSIC.
Install plugin
Section titled “Install plugin”Plugin ini ada di WordPress.org sebagai e-invoice-for-myinvois-lhdn. Untuk install plugin ini:
- Dalam WordPress, pergi ke Plugins dan cari “e-Invoice for MyInvois LHDN”, atau upload fail zip plugin itu.
- Klik Activate.
- Pastikan WooCommerce dan plugin Bayarcash WooCommerce juga aktif.
Sambungkan & isi butiran syarikat
Section titled “Sambungkan & isi butiran syarikat”Semua tetapan ada pada satu page. Isi page itu dari atas ke bawah.
- Pergi ke MyInvois → Settings.
- Di bawah API Configuration, paste key anda ke dalam API Secret Key. Klik Go to Profile jika anda perlu mencari key itu dalam profil Submit eInvoice anda.
- Klik Save API Key, kemudian Test Connection. Kotak hijau Ready for E-Invoice Submission bermaksud sambungan berjaya.
- Isi Company Information: nama syarikat, e-mel, nombor telefon bimbit, jenis ID dan nombor ID, TIN, MSIC Code, Business Activity Description dan Default Product Classification Code. SST Registration Number dan Tourism Tax Registration Number hanya untuk perniagaan yang ada nombor itu.
- Isi Company Address.
- Klik Save Settings.
Jika ada ruangan wajib yang masih kosong, page itu memaparkan Missing Required Information dan senarai butiran yang tiada.
Tetapkan kod klasifikasi produk
Section titled “Tetapkan kod klasifikasi produk”Setiap produk memerlukan kod klasifikasi untuk MyInvois. Untuk menetapkannya:
- Buka produk itu dalam WooCommerce dan pergi ke bahagian E-Invoice produk itu.
- Biarkan Use Global Classification Code on untuk menggunakan kod default anda. Atau, off-kan suis itu dan pilih MyTax Classification Code untuk produk ini.
Cara pelanggan anda minta e-invois
Section titled “Cara pelanggan anda minta e-invois”Selepas pesanan dibayar, page butiran pesanan pelanggan memaparkan E-Invoice Available dengan butang Request E-Invoice. Pelanggan mengisi butiran pembeli dan ID mereka, kemudian menghantar permintaan itu. Anda boleh semak setiap permintaan di MyInvois → Invoices, atau dalam kotak E-Invoice Details pada pesanan itu. Di kotak itu, Check Status mengemas kini status e-invois.
Dua habit ini membantu anda dengan plugin MyInvois:
- Beritahu pelanggan tentang had 90 jam. Peraturan MyTax memberi pelanggan 90 jam dari tarikh pesanan untuk minta e-invois.
- On-kan Enable Logging hanya semasa anda menyelesaikan masalah. Tetapan ini merekod API request, dan rekod ini membantu team Bayarcash mencari punca masalah.
Isu-isu biasa
Kenapa page tetapan MyInvois memaparkan Plugin Dependencies Required?
Install dan aktifkan WooCommerce dan plugin Bayarcash WooCommerce, kemudian buka MyInvois → Settings sekali lagi. Plugin ini tidak berfungsi tanpa kedua-dua plugin itu.
Kenapa pelanggan saya kata link e-invois sudah tamat tempoh?
Pelanggan hanya boleh minta e-invois dalam tempoh 90 jam (3.75 hari) dari tarikh pesanan. Selepas itu, page pesanan memaparkan E-Invoice Request Expired.
Kenapa butang Test Connection gagal?
Pastikan anda paste API Secret Key dari profil Submit eInvoice anda, bukan key Bayarcash. Pastikan juga semua ruangan syarikat yang wajib sudah diisi.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.

