Langkau ke kandungan

Carian popular

Buat bayaran dalam merchant dashboard

Dikemas kini

Add New Transaction memulakan bayaran dari merchant dashboard. Anda taip butiran pelanggan dan amaun, kemudian pilih saluran bayaran.

Anda perlukan Portal Key bagi portal yang menerima wang itu.

  1. Log masuk ke merchant dashboard.
  2. Dalam menu atas, klik Transactions, kemudian klik Transactions sekali lagi.
  3. Klik Add New Transaction. Form Transaction Details dibuka.
  4. Isi ruangan dalam form itu. Jadual di bawah menerangkan setiap ruangan.
  5. Di bawah Choose Payment Channel, klik butang saluran bayaran yang anda mahu.

Form Transaction Details dengan nilai contoh, dengan ruangan Portal Key dan butang saluran bayaran ditanda

Form ini ada ruangan berikut:

Ruangan Apa yang perlu ditaip
Portal Key Key bagi portal yang menerima wang itu. Link here menunjukkan tempat untuk mencarinya
ID Number Rujukan anda sendiri untuk bayaran itu, contohnya nombor pesanan
Amount Amaun dalam MYR
Name, Email dan Mobile Number Butiran pelanggan
Return URL Page yang dibuka selepas bayaran
Raw Website Data Data tambahan dari laman web anda, jika ada

Isu-isu biasa

Di mana saya boleh cari Portal Key untuk form ini?

Di bawah ruangan Portal Key, klik link here. Atau lihat Cari API keys anda.

Di mana saya boleh lihat bayaran itu selepas pelanggan membayar?

Dalam Transactions, sama seperti bayaran lain. Lihat Semak transaksi dan statusnya.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.