Daftarkan pelanggan dalam Direct Debit dari merchant dashboard
New Enrollment memulakan e-Mandate Direct Debit untuk pelanggan dari merchant dashboard. Guna cara ini apabila anda tidak ada laman web atau plugin yang membuat enrolment untuk anda.
Daftarkan pelanggan
Section titled “Daftarkan pelanggan”Anda memerlukan Portal Key bagi portal yang Direct Debit-nya sudah di-on-kan.
- Log masuk ke merchant dashboard.
- Dalam menu atas, klik Transactions, kemudian klik e-Mandates.
- Klik New Enrollment. Form Direct Debit Enrollment dibuka.
- Isi ruangan dalam form itu. Jadual di bawah menerangkan setiap ruangan.
- Klik Proceed With Enrollment.

Form ini ada ruangan berikut:
| Ruangan | Apa yang perlu diisi |
|---|---|
| Portal Key | Key bagi portal yang menerima potongan. Lihat Cari API keys anda |
| Name | Nama pelanggan |
| Payer ID Number | Jenis ID (New IC Number, Old IC Number, Passport Number, Business Registration atau Others) dan nombornya |
| Mobile Number dan Email | Nombor telefon dan e-mel pelanggan |
| Payment Reference Number | Rujukan anda sendiri untuk e-Mandate ini |
| Amount | Jumlah setiap potongan, dalam MYR |
| Frequency Mode | Weekly (potongan pada hari Jumaat), Monthly atau Yearly. Jangan pilih Daily: Bayarcash tidak menawarkannya |
| Purpose of Payment | Tujuan bayaran pelanggan |
| Return URL | Page yang dibuka selepas enrolment |
| Raw Website Data | Data tambahan dari laman web anda, jika ada |
Selepas enrolment
Section titled “Selepas enrolment”E-Mandate baru itu dipaparkan dalam senarai Direct Debit e-Mandates. Statusnya bertukar apabila bank memberi jawapan. Lihat Semak e-Mandate Direct Debit anda.
Isu-isu biasa
Jenis ID apa yang pelanggan boleh guna?
New IC Number, Old IC Number, Passport Number, Business Registration atau Others.
Berapa kerap potongan boleh dibuat?
Pilih Weekly, Monthly atau Yearly dalam Frequency Mode. Senarai itu juga memaparkan Daily, tetapi Bayarcash tidak menawarkan Direct Debit harian.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.

