Langkau ke kandungan

Carian popular

Semak transaksi Direct Debit anda

Dikemas kini

Bayaran Direct Debit ada senarai sendiri dalam merchant dashboard. Guna senarai ini untuk melihat enrolment dan setiap potongan yang diproses untuk akaun anda.

Buat langkah ini apabila anda mahu menyemak bayaran berulang seorang pelanggan, atau melihat potongan terkini.

  1. Log masuk ke merchant dashboard. Lihat Log masuk ke merchant dashboard.

  2. Klik Transactions dalam menu di bahagian atas kiri dashboard.

  3. Dalam menu drop-down, di bawah Direct Debit, klik Transactions.

    Menu Transactions dibuka, dengan Transactions di bawah Direct Debit ditanda

  4. Page itu menyenaraikan setiap transaksi Direct Debit melalui akaun anda.

    Page Direct Debit Transactions dengan jumlah Unsuccessful dan Successful serta lajur senarai

Senarai ini ada dua jenis baris. Satu ialah permohonan untuk memulakan Direct Debit (enrolment). Satu lagi ialah setiap potongan selepas itu. Setiap baris ada status.

Status Maksud
New Sudah dibuat, tetapi belum bermula.
Pending Menunggu jawapan bank.
Unsuccessful Bank tidak meluluskan, atau bank tidak dapat memotong wang.
Successful Bank sudah meluluskan, atau bank sudah memotong wang.
Cancelled Dihentikan sebelum selesai.
Abandoned Pelanggan keluar sebelum selesai.

Untuk menyemak perjanjian itu sendiri (sama ada aktif atau sudah ditamatkan), guna senarai e-Mandate.

Developer boleh menyenaraikan dan filter transaksi Direct Debit melalui API, tanpa merchant dashboard. Lihat Bina integrasi dengan API Bayarcash dan API reference.

Isu-isu biasa

Saya tidak jumpa potongan bulanan seorang pelanggan. Di mana saya perlu cari?

Buka Direct Debit Transaction, bukan senarai FPX. Setiap enrolment dan potongan Direct Debit disenaraikan di situ.

Satu potongan memaparkan status Unsuccessful. Adakah Bayarcash akan cuba sekali lagi?

Jika potongan bulanan pertama gagal, potongan itu dicuba sekali lagi dalam bulan yang sama. Tarikhnya ada dalam Bila potongan Direct Debit berlaku.

Boleh saya dapatkan senarai ini melalui API?

Boleh. API memberikan transaksi Direct Debit dengan filter seperti status dan nombor pesanan. Lihat API reference dan Bina integrasi dengan API Bayarcash.

Adakah artikel ini membantu?

Cookie settings

We use Google Analytics to see which guides help and where readers get stuck. It is on by default, and you can turn it off. This device keeps your choice.