Fahami dashboard anda
Merchant dashboard ada dua page utama. Home membantu anda menerima bayaran pertama. Dashboard memaparkan ringkasan bayaran dan payout anda.
Home dibuka dengan tajuk Welcome dan tiga langkah untuk menerima bayaran pertama anda. Di bawah langkah itu, ada kad dengan link ke bantuan:
| Kad | Guna untuk |
|---|---|
| Plugin | Cari plugin untuk WooCommerce, GiveWP, OpenCart, PrestaShop dan platform lain |
| Platform Documentation | Buka Help Centre ini |
| API Reference | Baca rujukan API dan SDK rasmi |
| WhatsApp Support | Dapatkan bantuan teknikal melalui WhatsApp |
| Hantar mesej kepada Bayarcash di Facebook | |
| Telegram Channel | Baca pengumuman dan berita terkini daripada Bayarcash |
Dashboard
Section titled “Dashboard”Guna Dashboard untuk melihat prestasi perniagaan anda bagi sesuatu tempoh. Untuk menetapkan tempoh:
- Dalam menu atas, klik Dashboard.
- Tetapkan Created Date Range, atau klik Today, Yesterday, This Week atau This Month.
- Klik Filter. Untuk kembali ke tempoh default, klik Reset.

Page itu kemudian memaparkan panel ini:
| Panel | Maklumat yang dipaparkan |
|---|---|
| Transaction Statistic | Bilangan dan jumlah bayaran Successful dan Unsuccessful |
| Payout Statistic | Last Payout, dan Upcoming Payout dengan waktu cutoff-nya. View All Payouts » membuka senarai payout |
| Latest 10 Transactions | 10 bayaran terbaru anda. View All Transactions » membuka senarai penuh |
Untuk maklumat lanjut tentang payout, lihat Payout ke akaun bank anda.
Isu-isu biasa
Bagaimana saya boleh lihat jumlah untuk bulan ini sahaja?
Pada Dashboard, klik This Month di sebelah Created Date Range, kemudian klik Filter.
Di mana saya boleh lihat semua bayaran saya?
Klik View All Transactions » di bawah Latest 10 Transactions. Lihat Semak transaksi dan statusnya.
Adakah artikel ini membantu?
Terima kasih atas maklum balas anda.
Maaf, artikel ini tidak membantu. WhatsApp kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.

