# Export data ke Excel

> Export data sesuatu modul dari merchant dashboard ke fail Excel, kemudian tukar nama, muat turun atau padam fail itu.
>
> Source: https://docs.bayarcash.com/ms/export-module-data/

Anda boleh export data sesuatu modul merchant dashboard ke fail Excel. Guna fungsi ini apabila anda mahu salinan sendiri, atau mahu mengolah data itu dalam spreadsheet.

## Export data anda

Log masuk ke [merchant dashboard](/ms/sign-in/) dahulu. Kemudian:

1. Dalam menu atas merchant dashboard, klik **Tools**.
2. Klik **Excel Export** untuk export data modul anda dalam format Excel.
3. Page **Excel Exports** dibuka dan menyenaraikan fail yang anda export.

*(Screenshot: Page Tools dengan butang Excel Export ditanda)*

## Tukar nama, muat turun atau padam fail

Pada page **Excel Exports**, setiap fail ada beberapa butang. Guna butang itu untuk:

- Edit nama fail.
- Muat turun fail ke komputer anda.
- Padam fail.

*(Screenshot: Page Excel Exports dengan butang edit, muat turun dan padam bagi satu fail ditanda)*

> **Caution**
> Fail yang di-export boleh mengandungi butiran pelanggan. Simpan fail itu dengan selamat, dan padam fail itu apabila anda tidak memerlukannya lagi.

## Isu biasa

### Di mana saya boleh cari fail yang saya export sebelum ini?

Klik Tools, kemudian klik Excel Export. Page Excel Exports menyenaraikan fail yang anda export.

### Boleh saya padam fail yang sudah di-export?

Boleh. Pada page Excel Exports, klik butang padam bagi fail itu.
